FeelingsMonday, July 4, 2016, 9:14 PM
I don't know who u are and how in the earth we could talk and smile to each other. For some reason i've fall for you. I know i shouldn't but yeah im human too :') if you're reading this,to let you know my feelings may not be forever but i'll work harder and always make u happy :) thank you for all the times u've spent with0 Comment(s)
PerbezaanSunday, September 22, 2013, 12:09 AM
Lelaki dan perempuan ada banyak perbezaan.Contohnya,hati,sikap,gaya hidup,pemikiran,kemahuan dan dll.Bagi aku kalau kita nak dapatkan keindahan dalam perbezaan antara dua makhluk Allah ni sangatlah susah dan penuh dengan cabaran.Dalam proses nilah kita dapat tahu tahap kematangan kita dan pasangan,tahap kepercayaan dan banyak lagi.Cara aku mudah sentiasa percaya mempercayai,berfikiran positif,yakin dan bertolak ansur.Aku percaya perbezaan perbezaan ni akan jumpa persamaan pada satu satu masa dan ianya akan menjadi sesuatu yang sangat indah dan manis ;)
0 Comment(s)
Tuesday, June 12, 2012, 3:05 AM
Hye There :D Jam Menunjukkan Pukul 3.01 AM 12/6/12.Aku Masih Tak Tidur Lagi.Good Kan? Walhal Aku Ada PBS Harini Sains And Math.Aku Rindu Dia Dan Oleh Sebab Itu Aku Janji Dengan Diri Aku Yang Aku Takkan Percaya Orang Lain Yang Bercakap Tentang Dia.Aku Percaya Dekat Dia.Walaupun Kami Hanya Berkawan Tapi Bagi Aku Dia Istimewa :D Aku Sayang Dia <30 Comment(s)
School Around The Corner ~Sunday, June 10, 2012, 3:14 AM
Assalammuailaikum, Back To School. Dia Pun Nak Balik Maktab Hari Ni. Dua Malam Aku Menangis .. Sedih kot .. Banyak Kenangan Yang Tercipta Cuti Ni. Yang Paling Best Masa 30.5.12 Dan 7.6.12. Aku Bersyukur Sangat Dapat Kenal Dia Dan Dia Muncul Dalam Hidup Aku. Tapi Sejak Kebelakangan Nih Dia Macam Nak Mengelak Dari Berhubung Dengan Aku. Tapi Takpe!. Aku Tetap Sayang Dia. Alissa Irdina <30 Comment(s)
Pengertian Bendera dan Warna-warna GayongSunday, May 6, 2012, 8:40 PM
Bendera Silat Gayong
Bendera Gayong dikibar dalam mana-mana majlis rasmi yang melibatkan Silat Seni Gayong. Ia melambangkan kedaulatan organisasi Silat Seni Gayong. Pemilihan warna pada lambang dan bendera Silat Seni Gayong membawa mesej dan falsafah tertentu. Ia memancarkan semangat perjuangan dan inspirasi ahli dan murid Silat Seni Gayong di Malaysia.
HITAM
Melambangkan bayang-bayang iaitu persamaan. Ia bermaksud semua manusia di sisi Allah S.W.T. adalah sama. Bagaikan sinaran cahaya berwarna-warni jika dipancarkan kepada objek hitam tetap hitam. Begitulah kedudukan semua ahli dalam Silat Seni Gayong. Pakaian yang disarung dalam latihan atau majlis rasmi juga berwarna hitam, perbezaannya Cuma pada bengkong atau sandang yang menandakan tahap kebolehan dan tanggungjawab atau amanah yang dipikul. Hitam juga membawa konotasi rahsia iaitu ilmu Silat Seni Gayong mempunyai pelbagai rahsianya (Rahsia tersimpan di purbakala, Ilham menyusun zahir semula)
PUTIH
Bermaksud bersih dan suci. Ia menunjukkan Silat Seni Gayong bebas daripada unsur-unsur syirik dan khurafat. Putih juga melambangkan fitrah kejadian manusia yang memerlukan agama untuk mencorak dan membentuknya. Dalam konteks Silat Seni Gayong, agama Islam ialah ad-Din iaitu pedoman hidup.
KUNING
Melambangkan Tanah Melayu ialah negeri beraja dan berdaulat. Murid yang memasuki Silat Seni Gayong dimestikan berikrar taat setia kepada raja-raja Melayu dalam istiadat perlimau sintuk.
MERAH
Tanda keberanian dan kepahlawanan. Murid gayong hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Semangat kepahlawanan perlu untuk mempertahankan kedaulatan tanahair daripada penceroboh dan perbuatan durjana. Keberanian yang dimiliki hendaklah atas dasar kebenaran dan tuntutan agama.

Makna Lambang Silat Gayong8:37 PM
Lambang atau logo Silat Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita Za'ba di Singapura. Lambang yang menjadi lencana atau terpapar pada dokumen rasmi dan sijil Silat Gayong mempunyai makna dan pengertian tertentu. BULAN DAN BINTANG
Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia. Silat Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup. Ia juga melambangkan agama Islam menjadi teras perguruan persilatan ini.
BUMI
Menunjukkan bahawa Silat Seni gayong akan berkembang ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.
BEJANA AIR
Simbolik kepada universaliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negeri telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Ia juga melambangkan kesatuan hati dan bulat kata kerana sepakat. Bak kata pepatah Melayu, “ Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana sepakat ”. Murid Gayong mestilah berpadu untuk menegakkan yang hak.
HARIMAU
Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti atau corak pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu sahaja ia akan menzahirkan kekuatan dan ketajaman cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.
NAGA
Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat, bahkan juga di dalam air. Logo naga ini dipercayai telah dihadiahkan oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dahulu. Naga juga merupakan simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.
KERIS BERSILANG
Simbolik kepada semangat Laksamana terbilang melayu, Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh kedua-dua laksamana tersebut. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah silat melayu seni warisan bangsa yang asli dan tulen.
PEDANG BERMATA DUA
Melambangkan pedang Zulfakar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci dari Al – Quran bermaksud "Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir" di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahilliyah.
HITAM CHULA VII
Melambangkan Bengkung Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negar, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Tengku Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Di sebalik lambang tersebut, ia bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar hala tuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diselewenegkan.

Maksud Disebalik Perkataan Gayong8:33 PM
Pada zaman silam, hanya individu tertentu sahaja yang dapat menamatkan pengajian silat mereka dengan sempurna. Mereka ini sebenarnya telah memiliki sifat-sifat terpuji dan keikhlasan yang tinggi sehingga sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara tanpa mengutamakan kepentingan diri sendiri. Sifat ini kemudiannya menjadi semakin subur dan terpimpin apabila mereka mendalami pelajaran dan falsafah seni silat. Bagi mereka yang belum mempunyai kualiti sedemikian, melalui seni silat mereka dididik dan diasuh sehingga mencapai tahap tersebut.
Perguruan seni silat pada hakikatnya ialah satu institusi pendidikan di mana manusia dibentuk dan dilentur untuk memiliki ketahanan mental dan fizikal yang maksimum. Pendekatan pendidikan seni silat sebagaimana yang diterangkan di atas merupakan kaedah yang utama oleh Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Sesungguhnya, falsafah pendidikan Silat Seni Gayong sejak dahulu lagi dirangka sebegitu rupa untuk melahirkan satu generasi yang berhemah tinggi dan berwawasan bagi memelihara kesucian agama Islam serta memimpin bangsa dan negara ke arah matlamat yang diredhai Allah S.W.T. Teras pendidikan Silat Seni Gayong pada dasarnya telah disimpul dalam kalimah Gayong itu sendiri:
Ga - Genggam
Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.Alif - Angkat
Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.Ya - Yakin
Yakin kepada kebolehan diri sendiriWau - Waras
Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.Nga - Ngeri
Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.
Lima huruf diatas juga melambangkan lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah Syahadah, menunaikan sembahyang fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga menekankan bahawa seorang murid Gayong itu mestilah menjaga kewajipan mereka sebagai seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan sembahyang fardhu lima kali sehari semalam.
Pada hakikatnya, kekuatan seorang murid Gayong terpancar daripada keupayaan melaksana segala titah perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. Apabila wujud segala sifat, penghayatan beserta amalan dalam konsep yang disebutkan diatas barulah dianggap seorang murid Gayog itu benar-benar menuntut dan mendalami ilmu Silat Seni Gayong.
0 Comment(s)